Dato' Iszhar

Dato' Iszhar Ibrahim

Ketua Pegawai Eksekutif

DATO' ISZHAR IBRAHIM, 64 tahun, merupakan salah seorang Pengarah Lembaga Pengarah FGV Dairy Farm dan juga bertindak sebagai Ketua Pengarah Eksekutif. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Perancang Ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

YBhg Dato’ Iszhar Ibrahim memulakan kerjayanya dalam pembinaan dan pembangunan hartanah bersama Pengurusan FIMCO. Sebagai Penyelaras Projek, beliau memperoleh pengalaman berharga dalam menyelesaikan isu setinggan. Pengalaman beliau sepanjang penglibatan aktif dalam projek pembangunan telah membantu memulakan perniagaan pembinaan dan pembangunan.

Dato’ Iszhar juga bertindak sebagai pengasas Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur, Lembaga Pengarah Yayasan Zikay dan Pengarah Kelab Golf dan Desa Bukit Beruntung dan Pengarah Eksekutif Zikay Group Berhad.