
Mohd Sarian Md Sahid
Mohd Sarian Md Sahid, 59, ialah Pengarah Bahagian Kumpulan, Sektor Perladangan FGV Holdings Berhad yang dilantik pada 1 April 2022.
Mohd Sarian berpengalaman selama 37 tahun dengan FGV, di mana beliau mula berkhidmat di pelbagai kilang di Felda Palm Industries Sdn Bhd (kini dikenali sebagai FGV Palm Industries Sdn Bhd) dari tahun 1984 hingga 2001. Antara tahun 2002 hingga 2006, Mohd Sarian dilantik sebagai Pengurus Besar Wilayah untuk dua zon; Wilayah Kuala Lumpur sebelum meneruskan peranan yang sama apabila berpindah ke Wilayah Sahabat.
Pada tahun 2007, Mohd Sarian memegang jawatan sebagai Ketua Zon, di mana beliau berkhidmat sehingga tahun 2013. Pada penghujung tahun 2013, beliau dilantik sebagai Ketua Pembangunan Perniagaan, Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan sehingga awal tahun 2014. Mohd Sarian kemudiannya dilantik sebagai Ketua Pembangunan Perniagaan dan Strategi Kluster Getah dalam tahun yang sama.
Pada 2017, Mohd Sarian dilantik sebagai Ketua Pengurusan Rantaian Bekalan Global sebelum memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FGV Fertilizer Sdn Bhd pada 2018.
Pada 2019, beliau telah dilantik sebagai Ketua Bahagian Huluan sebelum dilantik semula sebagai Pegawai Menjaga Pengarah Bahagian Kumpulan, Sektor Perladangan pada 2021. Beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Bahagian Kumpulan Sektor Perladangan pada April 2022.