Zakaria Abd Rahman

Zakaria Abd Rahman

Ketua Pegawai Operasi

ZAKARIA ABD RAHMAN, 45 tahun, merupakan salah seorang Pengarah dan Ketua Pegawai Operasi FGV Dairy Farm Sdn Bhd.

Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia pengkhususan dalam Alam Sekitar dari Universiti Teknologi Petronas dan sijil program Perniagaan Lanjutan dari University of Cambridge (Pusat Pembelajaran Keusahawanan) dan NUS Business School. Beliau juga telah menamatkan kursus logistik dan pengurusan ternakan di Queensland, Australia selain kursus pengenalan mengenai pengeluaran tenusu tropika dan amalan bioteknologi pembiakan lanjutan (ARB) ruminan di Thailand.

Beliau telah terlibat dalam Projek & Perancangan Penternakan Tenusu Komersial sejak 2003 sebelum memulakan perniagaan ternakan sendiri pada tahun 2005; dilatih oleh DVS, MARDI dan MARA. Beliau juga merupakan rakan penyelidik IFCN (berpangkalan di Kiel, Jerman) mewakili Malaysia dari 2009 hingga 2016. IFCN ialah rangkaian industri tenusu terbesar dunia meliputi 98% pengeluaran tenusu dunia.

Beliau mempunyai pengalaman menguruskan ladang tenusu terbesar di Terengganu dan seterusnya ladang tenusu ke-2 terbesar (dari segi pengeluaran) di Semenanjung Malaysia yang terletak di Linggi, Negeri Sembilan;kedua-duanya dimiliki oleh Redagri Farm Sdn Bhd (RFSB). Beliau juga mengetuai program Pembangunan Genetik Tenusu Kebangsaan; program R&D yang mana RFSB bekerjasama dengan UPM (Universiti Putra Malaysia) dan dibiayai oleh MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi).