Bermula sebagai penternak, kami berusaha untuk menghasilkan produk tenusu yang terbaik untuk pengguna di Malaysia.
Berpaksikan kepada amalan pertanian dan penternakan yang dipraktikkan di ladang kami, kami berjaya menghasilkan produk tenusu Bright Cow yang berkualiti tinggi. Produk Bright Cow telah berjaya menambat hati ramai pengguna dan kini dijual di banyak pasaraya tempatan.
Misi
Misi kami adalah memperkasakan bakat tempatan, memupuk penyelidikan dan inovasi dalam industri tenusu, serta menyumbang kepada perkembangan negara. Kami berkomitmen membantu penternak tenusu tempatan melalui rantaian bekalan yang mampan dan berusaha untuk meningkatkan produk serta praktis bersama bakat tempatan, penyelidikan, dan juga bersama komuniti.
Visi
Visi kami adalah untuk berada di barisan hadapan dalam mewujudkan masyarakat yang lebih sihat, lebih prihatin terhadap pemakanan, memperjuangkan pemerkasaan jenama tempatan dan menyumbang secara signifikan kepada kesejahteraan komuniti kami.
SUSU SEGAR DARI LINGGI
Bagi memastikan kualiti produk terbaik, proses penghasilan produk Bright Cow mengambil masa 12 jam sahaja dari aktiviti pemerahan susu di ladang sehingga aktiviti pengedaran produk ke pasaran. Proses ini bermula dari 6 pagi dan berakhir pada jam 6 petang pada hari yang sama untuk menjamin kesegaran produk yang diedarkan kepada pengguna.
"Sebagai jenama tempatan, identiti Bright Cow sebagai produk tempatan bergema dengan jiwa saya sebagai atlet tempatan. Selain itu, sebagai seorang atlet juga, gaya hidup aktif saya telah menuntut saya untuk mengekalkan kesihatan yang cemerlang beserta kesihatan usus dimana ia merupakan sebahagian penting daripadanya. Saya percaya dengan pengambilan produk yogurt yang sihat akan membantu keseluruhan kesihatan tubuh badan kita”.
Dato’ Azizulhasni Awang,
Bright Cow Yogurt Ambassador.