Ladang & Pemprosesan

Kisah Ladang Kami

Semua produk Bright Cow yang dihasilkan berasal dari semangat dan dedikasi para peternak dan pekerja di FGV Dairy Farm untuk membawa kebaikan tenusu segar kepada anda dan keluarga.

FGV DAIRY PROCESSING

Terletak di sebelah ladang tenusu kami, kemudahan pemprosesan kami mendapat manfaat daripada bekalan susu segar secara segera, kedua-duanya dari ladang kami sendiri dan sumber tempatan dari  Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Ini adalah untuk memastikan produk tenusu kami sentiasa segar. Kemudahan kami dilengkapi untuk menghasilkan pelbagai jenis produk tenusu berkualiti tinggi, termasuk susu pasteur, dan pelbagai yogurt, seperti gaya segar dan Greek dimana ia dihasilkan dalam beberapa perisa menarik yang sesuai untuk rasa yang pelbagai.

SUPPORT LOCAL COMMUNITY

Di Bright Cow, kami berbangga dengan pendekatan kami untuk mendapatkan susu, pendekatan yang melangkaui ladang tenusu kami sendiri. Komitmen kami untuk menyokong ekonomi tempatan adalah aspek asas model perniagaan kami. Kami mencapai ini dengan mendapatkan sebahagian daripada bekalan susu mentah kami daripada penternak tenusu tempatan, memupuk rangkaian pembekal berasaskan komuniti.