Dato’ Mohd Nazrul Izam Mansor

Dato’ Mohd Nazrul Izam Mansor

Ahli Lembaga Pengarah

Dato’ Mohd Nazrul Izam Mansor, 48, ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan FGV Holdings Berhad, dilantik pada 23 Ogos 2021. Beliau mempunyai pengalaman lebih 22 tahun dalam pelbagai kapasiti dalam beberapa industri berbeza.

Sebelum pelantikannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat, beliau pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FELCRA Berhad sejak 2018. Dato’ Mohd Nazrul memulakan kerjayanya pada tahun 1998 sebagai Eksekutif Akaun dengan RHB Unit Trust Management Berhad. Pada tahun 2000, sebelum menyertai PricewaterhouseCoopers sebagai Associate Kanan, beliau adalah Pembantu Audit di Hasyudeen & Co.

Semasa berkhidmat dengan dua firma perakaunan awam itu, beliau terlibat dalam pelbagai tugasan pengauditan dan jaminan untuk syarikat awam dan swasta sederhana hingga besar. Beliau menyertai Padiberas Nasional Berhad pada 2002 dan memainkan peranan penting dalam pengurusan risiko, perancangan korporat dan merupakan Penolong Eksekutif kepada CEO sehingga 2007. Pada 2009, beliau menyertai Malaysia Building Society Berhad (MBSB) sebagai Ketua Perniagaan Berstruktur. Pada 2010, beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan di Realmild Sdn Bhd sebelum beliau menyertai N.U.R Power Sdn Bhd sebagai Pengarah Kewangan pada 2013, di mana beliau memegang jawatan itu sehingga 2018 sebelum menyertai Teras Dara Konsortium Sdn Bhd untuk menjadi Pengarah Urusannya.

Dato’ Mohd Nazrul ialah Akauntan Bertauliah melalui latihan dan ahli Institut Akauntan Malaysia dan Fellow Certified Practicing Accountant CPA Australia. Beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dari The University of Queensland, Australia.