Fakhrunniam Othman

Fakhrunniam Othman

Ahli Lembaga Pengarah

Fakhrunniam Othman, 57, seorang lelaki berwarganegara Malaysia, merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) FGV Holdings Berhad yang dilantik pada 1 November 2024.

PENGALAMAN RELEVAN
Kerjaya Fakhrunniam merangkumi lebih 31 tahun, bermula di Caltex Oils Malaysia Ltd. pada 1992. Beliau kemudiannya berpindah ke Sapura Telecommunication Bhd sebelum dilantik sebagai Akauntan Kumpulan di Alloy Consolidated Sdn Bhd. Pada tahun 2000, beliau menyertai Kumpulan FGV sebagai Akauntan di Felda Holdings Bhd (FHB), sebelum dilantik sebagai Pengurus Besar pada 2004 dan kemudiannya menjadi Pengurus Besar Kanan Kewangan di FHB pada 2006. Beliau berkhidmat sebagai Timbalan CFO dan Setiausaha Syarikat di Twin Rivers Technologies (TRT) Inc. di Amerika Syarikat dari tahun 2008 hingga 2011.

Sekembalinya ke Malaysia, beliau dilantik sebagai Naib Presiden Bahagian Strategi dan memainkan peranan penting dalam penyenaraian FGV. Beliau dipertanggungjawabkan dengan jawatan kepimpinan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi tiga anak syarikat iaitu FGV Marketing Services Sdn Bhd, FGV Trading Sdn Bhd, dan FGV Transport Services Sdn Bhd dari 2013 hingga 2016. Pada 2017, beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Strategi, diikuti oleh Ketua Pegawai Pelaburan dari 2019 hingga 2022, dengan tugasan sementara sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MSM Holdings Berhad pada 2020.

Fakhrunniam memegang jawatan sebagai Pengarah Bahagian Kumpulan untuk Bahagian Logistik & Sokongan di FGV Holdings Berhad dari 1 Januari 2023 hingga 31 Oktober 2024, sebelum dilantik sebagai GCEO pada 1 November 2024.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
Bertanggungjawab memastikan hala tuju keseluruhan, prestasi, dan pertumbuhan Bahagian Logistik & Sokongan (LSD), sejajar dengan objektif perniagaan FGV dan aspirasi pemegang taruh. Dalam kapasiti sebagai Pengarah Bahagian Kumpulan LSD, Fakhrunniam memacu bahagian ini ke arah mencapai matlamat strategik untuk meningkatkan prestasi perniagaan, produktiviti operasi, dan pertumbuhan mampan. Beliau menyelia pembangunan pelan perniagaan tahunan, pelan tindakan, dan strategi LSD, memastikan semuanya selari dengan objektif strategik utama FGV. Beliau turut bertanggungjawab untuk memacu peningkatan berterusan dalam segmen perniagaan di bawah bahagian yang menunjukkan prestasi kurang memuaskan.

 

SIJIL AKDEMIK/PROFESIONAL
Fakhrunniam Othman memiliki ijazah memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dalam Pengurusan Am dari Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT), Australia. Beliau juga merupakan Akauntan Bertauliah daripada Association of Chartered Certified Accountants, United Kingdom, serta ahli Institut Akauntan Malaysia.

  • Jawatan pengarah dalam syarikat awam lain: MSM Malaysia Holdings Berhad
  • Konflik kepentingan dengan syarikat: Tiada
  • Hubungan kekeluargaan dengan mana-mana Pengarah dan/atau Pemegang Saham Utama: Tiada
  • Senarai sabitan bagi kesalahan dalam tempoh 5 tahun lepas dan maklumat mengenai sebarang sekatan atau penalti awam yang dikenakan oleh badan kawal selia yang berkaitan sepanjang tahun kewangan, jika ada: Tiada
  • Maklumat kepentingan dalam syarikat atau anak-anak syarikatnya: Tiada